rss
email
twitter
facebook

Sunday, January 9, 2011

Gurindam MLM. Haha... XD

Di sana merasa, di sini sengsara,
Modal dah licin, hati membara,
Sekejap ketawa, sekejap duka lara,
Itulah MLM punya angkara...

Pandai memujuk pandai menghasut,
selagi termampu sanggup lapkan kasut,
kononnya untung umpama ribut,
syaratnya modal dan sanggup jadi pengikut...

Letih membebel jarum dah sangkut,
duit dah nampak pantas dikaut,
mangsa tersenyum serupa cencorot,
langsung tak sedar leher dah dijerut...

Sehari dua untung meningkat,
lapor si tauke hati mengikat,
angan mangsa semakin ligat,
memikirkan kereta baru untuk dirembat...

Masuk seminggu tauke menyepi,
nombor didail suara perempuan yang berbunyi,
katanya nombor ini tiada lagi,
sahlah tauke hilang dengan duit-duit sekali...

Duit kemana kereta kemana,
harta sendiri lesap sekelip mata,
sudahnya otak dah jadi gila,
berumahtangga di hospital bahagia...

(Hiburan semata-mata di samping peringatan untuk kita yang makin mengejar harta...)
$$$

Saturday, January 8, 2011

dot dot

Ehem2...

tak meriahlaa blog nih kawan...

tak ade berita terkini ke?

Thursday, January 6, 2011

future story

angin sepoi sepoi bahasa.wak bergaye berjalan menelusuri batu batu kelikir sambil kaki lenggang lenggok tanda senang hati.angin pantai memang sejuk bulan bulan disember.bak kate orang tue tue musim tengkujuh.sambil wak berjalan.sambil itulah die mengimbas kembali kisah silam bersama makwe lame.si cantik rupawan.yang membuat dirinya tidur tak lena.makan tak kenyang.mandi tak basah.....

di hujung pesisir pantai berbunyi loceng aiskrim. kling!  kling! kling!

"abah abah nak aiskrim," wak jalan sambil seluk kocek sambil pimpin tangan anak sambil buat muke bapa.

dari jauh makwe lame usha wak dengan anak dengan wajah yang redup...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

mcm faking.wak dah kawin dah ade anak.tapi makwe lame syok lagi kat die.hah!sape makwe lame wak?hah itu yg kite tak tahu.wak sape makwe lame kau?


Part of Us

Wednesday, January 5, 2011

dR. Ishak?? Sape tuh??cite ckit nk tau gak....

PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana
hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini
adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,
orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon
keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati
juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada
waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa
yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar
dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati
kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang
subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat.

Perkongsian Bersama oleh AM
Awek-awek EE.....